Thursday 25 October 2012

Fadhilat Puasa Sunat Hari Arafah 9 Zulhijjah


Fadhilat Puasa Sunat Hari Arafah 9 Zulhijjah


Seperti yang kita tahu, tarikh Hari Raya Aidiladha tahun 2012 jatuh pada hari Jumaat, 26 Oktober 2012 bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1433 Hijrah. Jadi, Hari arafah iaitu 9 Zulhijjah akan jatuh pada hari Khamis ini. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan antara fadhilat atau kelebihan Puasa Sunat Hari Arafah.
Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab Rasulullah S.A.W yang ertinya : “Di kaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang.”

(Hadis adalah hadis sahih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi)


Sabda Rasullullah S.A.W lagi:
“Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya iaitu :-
1. Orang-orang yang mati syahid
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam Bulan Ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Wednesday 24 October 2012

LEPASAN SPM WAJIB JALANI PROGRAM PLKN MULAI 2014


KUCHING: Semua warga negara ini yang berusia 18 tahun, kecuali mereka yang disahkan menghidap penyakit jantung, cacat anggota tubuh badan dan terencat mental, diwajibkan mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mulai 2014.


Serentak itu, Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) Datuk Dr Tiki Lafe, berkata pemilihan pelatih bagi program itu yang diguna pakai sekarang akan dimansuhkan dan semua lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun itu, wajib menjalani latihan berkenaan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Mas Gading berkata, semua peserta akan menjalani latihan seperti dilalui peserta ketika ini dan program latihan itu akan mengambil kira perkembangan semasa selepas mendapat pandangan daripada semua pihak berkaitan.


"Kami sedang berdepan dengan kekurangan jurulatih. Sukar untuk mengekalkan jurulatih pelbagai kemahiran kerana mereka biasanya akan ditawarkan dengan pelbagai kemudahan oleh majikan yang memerlukan khidmat mereka," katanya selepas Majlis Penutupan PLKN di Kem Puncak Permai, Tondong, Bau, di sini, semalam.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Damai, Dr Abdul Rahman Junaidi dan Komander kem itu yang menempatkan 369 peserta, Mejar Arazmi Rasit.

Ditanya mengenai tindakan terhadap peserta yang gagal mendaftar masuk PLKN, Tiki berkata, ada kemungkinan mereka akan diserap dalam program khidmat sosial.

Beliau berkata, mereka yang didapati gagal melaporkan diri tanpa alasan kukuh akan diwajibkan mengikuti program khidmat sosial selama tiga bulan.

Katanya, undang-undang berhubung perkara itu sudah dibentangkan di Parlimen dan akan dikuatkuasakan dalam masa terdekat.

Di PASIR MAS, Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, berkata kem PLKN tidak sesuai dijadikan tempat memulihkan samseng jalanan walaupun modul latihannya mencapai antara 80 peratus dan 85 peratus kejayaan ke arah melahirkan modal insan terbaik.

Katanya, ramai menulis surat kepada JLKN dengan memberi pandangan dan cadangan supaya PLKN dibuka kepada samseng jalanan, sekali gus menganggap kem itu amat sesuai untuk dijadikan sebagai pusat memulihkan golongan berkenaan.

"Saya ingin menegaskan Mat rempit atau samseng jalanan tidak ada tempat di 80 kem PLKN di negara ini," katanya selepas merasmikan majlis penutup Program PLKN di Kem PLKN Cancun Park, Lubok Jong, dekat sini, semalam.

"Walaupun ramai memberi pandangan dan cadangan supaya membuka PLKN untuk mat rempit, saya ingin menegaskan bahawa program yang diwujudkan sejak 2004 dan melahirkan hampir 500,000 pelatih, lebih menjuruskan kepada melahirkan wira dan wirawati berkeperibadian mulia selain mempunyai jati diri tinggi," katanya selepas merasmikan majlis penutup Program PLKN di Kem PLKN Cancun Park, Lubok Jong, dekat sini, semalam.




Sumber: Berita Harian


Sebab Doa Kita Tidak Dimakbulkan


Soalan:
Saya seorang muslim yang mengamalkan ajaran Islam yang wajib dan sunat. Akan tetapi doa saya susah untuk dimakbulkan sehingga setiap hari keyakinan saya terhadap agama semakin menyusut kerana perkara ini. Tolonglah saya.



Jawapan:
Perkara pertama ialah mesti diperhatikan oleh setiap muslim ialah aqidah sementara hukum-hakam terletak di tangga kedua. Berdasarkan aqidah yang betul, seseorang itu akan mengetahui bahawa doa ialah permintaannya kepada Allah, maka terserahlah kepada Allah sama ada untuk memakbulkannya, menangguhkannya atau menggantikannya dengan sesuatu yang lain. Doa bukanlah satu kontrak sehingga setiap yang diminta mesti dimakbulkan oleh Allah. Sebab Doa Kita Tidak Dimakbulkan

Amatlah tidak layak untuk manusia berkeyakinan dia memiliki kontrak dengan Allah, padahal Allah ialah tuhan sementara dirinya ialah makhluk ciptaan Allah. Sebab Doa Kita Tidak Dimakbulkan

Justeru jangan bertanya kepada Allah tidak memakbulkan doa anda sebab: Dia (Allah) tidak boleh ditanya tentang apa yang Dia lakukan, sedang merekalah yang akan ditanya kelak. [al-Anbiya’ 21:23] Selain itu, sikap bertanya dan putus asa itu sendiri merupakan salah satu sebab doa tidak dimakbulkan. Rasulullah bersabda:  Sebab Doa Kita Tidak Dimakbulkan
Pasti dikabulkan doa seseorang daripada kalian selagi mana dia tidak berputus asa lalu merungut: “Sungguh aku sering berdoa namun belum dikabulkan untukku.” [Shahih Muslim, 4916]
Maka dari saat ini fokuskan doa kepada mengenali Allah melalui aqidah yang betul. Seterusnya terjemahkan doa itu kepada usaha gigih mempelajari subjek aqidah.

Monday 15 October 2012

Perbezaan Hacker ngn Cracker


a. Hacker

1.Mempunyai kemampuan menganalisa kelemahan suatu sistem atau laman sesawang.
Sebagai contoh : jika seorang hacker mencuba untuk menguji laman Yahoo! dipastikan isi laman tersebut tak akan berantakan dan mengganggu laman yang lain. Biasanya hacker melaporkan kejadian ini untuk diperbaiki menjadi sempurna.
2.Hacker mempunyai etika serta kreatif dalam merancang suatu program yang berguna bagi sesiapa saja.
3. Seorang Hacker tidak kedekut memberi ilmunya kepada orang-orang yang serius atas nama ilmu pengetahuan dan kebaikan.


b. Cracker

1. Mampu membuat suatu program bagi kepentingan dirinya sendiri dan bersifat destruktif atau merosakkan dan menjadikannya suatu keuntungan. Sebagai contoh : Virus, Pencurian Kad Kredit, Kod Warez, Pecerobohan Sistem Bank, Pencurian Password E-mail/Web Server.
2. Boleh berdiri sendiri atau berkelompok dalam bertindak.
3. Mempunyai laman sesawang atau channel dalam IRC yang tersembunyi, hanya orang-orang tertentu yang boleh mengaksesnya.
4. Mempunyai IP yang tidak boleh dikesan.
5. Kes yang paling sering ialah Carding yaitu Pencurian Kad Kredit, kemudian pencerobohan laman sesawang dan mengubah segala isinya menjadi berantakan. Sebagai contoh : Yahoo! pernah mengalami kejadian seperti ini sehingga tidak boleh diakses dalam waktu yang lama, kes clickBCA.com yang paling hangat diperkatakan tahun 2001 yang lalu.


10 Etika Seorang Hacker


Etika hacker :
1. Mampu mengakses komputer dengan tidak terbatas dan secara total.
2. Semua informasi haruslah FREE.
3. Tidak percaya pada authoriti, ertinya memperluas rangkaian sendiri.
4. Tidak memakai identiti palsu, seperti nama samaran, umur, posisi.
5. Mampu membuat seni keindahan dalam komputer.
6. Komputer dapat mengubah hidup menjadi lebih baik.
7. Pekerjaan yang di lakukan semata-mata demi kebenaran informasi yang harus disebar luaskan.
8. Memegang teguh komitmen tidak membela dominasi ekonomi industri perisian tertentu.
9. Hacking adalah senjata majoriti dalam perang melawan pelanggaran batas teknologi komputer.
10. Baik Hacking mahupun Phreaking adalah satu-satunya jalan lain untuk menyebarkan informasi pada massa mengenai sesuatu perkara.
Cracker pula tidak memiliki kod etika apa-apa pun.

Sedikit Penerangan Tetang HACKER


Assalamualaikum semua!

Sebenarnya saya bukan lah Hacker, Bagaimana pun thread ini hanya sebatas "info hacker"(semasa) sahaja, sekadar knowlage sahaja, tidak lebih dari itu....info2 hacker dikutip dari perbagai sumber.

Saya mulakan dgn artikal dari mr. hac ni:

Panduan Menjadi Seorang Hacker
Assalamu'alaikum Dan Selamat Sejahtera Para Pembaca Hackers?.

Sebenarnya hacker adalah seorang yang mampu menyelesaikan sesuatu masalah dan mencipta sesuatu benda yang baru. Mereka ini mahir dalam selok belok komputer. Mereka mengetahui bagaimana sesuatu program itu beroperasi dan tahu menyelesaikan masalah jika program tersebut mengalami sebarang kerosakkan atau tidak dapat berfungsi sebagaimana yang di rancang. Untuk menjadi seorang hacker bukannya senang, ada beberapa perkara yang perlu ada pada diri anda jika anda ingin menjadi seorang hacker:

-mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dan tidak mudah berputus asa
-mempunyai pemikiran yang kreatif
-bijak dalam mencari penyelasaian masalah
-mahir dalam bahasa pengaturcaraan(programming language)
-pandai dalam bahasa inggeris

Ini adalah antara perkara-perkara yang mesti ada pada seorang hacker. Jika anda mengalami kegagalan, anda perlulah mencari jalan penyelasaiannya di google atau di forum yang berkaitan dengan masalah anda itu. Jujur saya cakap, google ada segala-galanya untuk membantu anda menjadi seorang hacker. Selain itu, anda perlulah belajar memahirkan diri dalam "programming language". Antara programming language yang terkenal ialah C, C++, Python, Perl, PHP dan banyak lagi. Itu semua anda boleh cari di google.

Tetapi perkara yang paling penting sekali ialah anda mestilah mahir dalam Hypertext Markup Language(Html) dahulu, kerana apa? Kerana html adalah bahasa utama yang di gunakan dalam pembinaan sesebuah laman web. Kadang-kala kita boleh dapatkan maklumat atau informasi dengan hanya melalui "view page source" di web browser. Jadi jika anda pandai html, mungkin senang sedikit bagi anda untuk faham apa yang terkandung dalam page source tersebut. Seterusnya apabila anda mahir dalam html, anda pelajarilah mengenai PHP programming pula. PHP programming bersangkut paut dengan Mysql Database. Mungkin anda terfikir, "mana satu aku nak belajar ni?". Jangan panik. Anda perlulah memahirkan diri dulu dalam PHP programming. Apabila anda mahir, barulah anda pelajari Mysql Database. Kenapa perlu belajar benda ni? Baiklah, saya nak tanya kamu, apakah kamu faham apa yang kamu taip semasa kamu mempelajari sql injection? Mungkin daripada anda tidak faham. Betul tak?

Jadi dengan mempelajari Mysql Database, anda akan memahami bagaimana hacker mendapatkan maklumat dari database sesuatu website. Dari situ anda juga akan belajar bagaimana untuk mengelakkan diri anda dari Sql injection ini.Apa yang saya terangkan ini adalah bagi panduan yang ingin menjadi hacker laman web.

Anda boleh mengetahui lebih lanjut berkaitan sql injection di sini.

Bagi memantapkan lagi ilmu yang ada, anda pelajarilah java. Ianya sangat bagus. Kenapa saya cakap bagus? Belajar la sendiri. Hehe. Google kan ada. :)

Selain itu juga anda perlu mempelajari apakah itu IP telnet, ftp, www, email dan apa sahaja yang berkaitan dengan komputer. Pelajari bagaimana benda-benda ini berfungsi. Percayalah ianya akan membantu anda. Saya rasa dalam mhah ni semua ada. Lagi satu kenapa perlu belajar bahasa inggeris? Sebabnya ialah bahasa inggeris adalah bahasa yang di gunakan dalam programming, dan jika anda mencari maklumat mengenai hacking pun, kebanyakkannya mesti dalam bahasa inggeris. Nak cari dalam bahasa Melayu tu susah. Anda bertuah kerana Mr.Hac telah mewujudkan laman web yang berkaitan dengan hacking dalam bahasa MELAYU.

Janganlah anda menggunakan kelebihan yang ada pada anda untuk membinasakan orang lain. Itu adalah cracker bukannya hacker. Ya. Nak jadi cracker senang. Anda tidak perlu belajar pasal programming pun sebaliknya anda cuma perlu mengetahui bagaimana sesuatu program itu berfungsi, anda sudah boleh di gelar sebagai cracker. Anda hanya perlu menggunakan "tools" yang ada di internet untuk menjalankan aktiviti "nakal" anda itu.


Untuk menjadi hacker mahupun cracker, anda perlulah sentiasa membaca dan membaca. Di sebalik melakukan aktiviti membaca anda itu, anda perlulah praktikkan apa yang di pelajari agar apa yang di pelajari tidak menjadi sia-sia. Jika ada masalah, selesaikan sendiri dahulu. Kerana hacker adalah seorang yang berdikari. Kalau masalah itu betul betul sukar untuk di selesaikan, barulah anda bertanya kepada mereka yang lebih arif. Jika ada kelapangan masa nanti, saya akan buat entri mengenai cara-cara untuk bertanya dengan cara yang di sukai oleh hacker. :)

Itu sahaja yang boleh saya katakan.

Harap dapat membantu anda untuk melangkah setapak kehadapan dalam dunia "hacker" ini.

Sumber rujukkan:
A guide how to become a cracker
How To Become A Hacker

Friday 12 October 2012

Sejarah Gambar Agung Di Duit Malaysia


Mungkin masih ramai yang belum tahu siapakah gambar Agung yang berada di dalam duit Malaysia kan?? dan dari mana asal usul gambar tersebut diambil.. Di sini sy nak kongsikan bersama anda semua asal usul gambar agung yang terdapat pada duit Malaysia ok



Pada matawang Malaysia, tertera wajah Yang Di-Pertuan Agong Malaysia yang pertama yaitu Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad ( Jangan dikelirukan dengan Tunku Abdul Rahman) dari Negeri Sembilan.


Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad (24 Ogos 1895 - 1 April 1960) adalah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan yang merupakan Yang di-Pertuan Agong Pertama Malaysia. Baginda memerintah dari 31 Ogos 1957 sehingga kemangkatannya pada 1 April 1960..




Apabila kerajaan Johor (pewaris kerajan Melaka) lemah pada abad ke-18, orang Minang meminta izin ke Sultan Johor agar pemerintah melindungi mereka. Permintaan itu diperkenankan dan mereka kembali ke tanah asal mereka di Pagaruyung untuk meminta perlindungan dari pemerintah Pagaruyung pada masa itu.




Raja Pagaruyung menghantar anaknya, Raja Mahmud (Raja Melewar) sebagai raja di Negeri Sembilan yang pertama (bergelar yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan).

Tuanku Abdul Rahman yang gambarnya ada di mata uang Malaysia itu adalah keturunan ke lima dari Sultan Abdul Jalil, Raja Kecil dari Pagaruyung.



Di atas merupakan kisah di sebalik wajah Agung yang berada di matawang Malaysia... Hebat kan?? adakah anda tahu tentang itu?? tentu ramai yang tak tahu kan??

Thursday 11 October 2012

MISTERI KLCC


MISTERI TINGKAT 13 KLCC | Assalamualaikum dan selamat sejahtera, ini ada suatu kisah misteri yang berlaku di tingkat 13 KLCC, dikatakan kisah benar yang mengerikan lagi menyeramkan ini terjadi kepada seorang staff lelaki yang bekerja di tingkat 40 bangunan KLCC.

Pada hari tersebut (hari Khamis malam Jumaat) beliau ada membuat OT dan terpaksa pulang agak lewat kira-kira jam 11 malam sendirian. Sampai di depan lif, dia pun tekan tombol untuk turun. Kemudian,pintu lift terbuka tanpa ada sesiapa di dalamnya. Dia masuk dan tekan tombol “G” untuk ke Ground floor.

Tetapi entah mengapa, lift yang dia naiki itu terus naik ke atas, tidak turun ke bawah. Ketika sampai di tingkat 59, lift tersebut berhenti. Dan pintu lif terbuka… kemudian masuklah seorang perempuan yang cantik dan menawan sekali sambil tersenyum manis. Dia tak pernah melihat perempuan itu sepanjang bertugas di KLCC. Perempuan tadi pun masuk dan berdiri di belakangnya.



Dia tertanya-tanya di dalam hatinya… “Siapa perempuan itu, dan kenapa sudah lewat malam belum pulang ke rumah?” Mau disapa terasa malu pula, jadi masing-masing saling diamlah. Dalam suasana hening sepi itu, lift tersebut terus meluncur turun dari satu tingkat ke satu tingkat.

Tiba di tingkat 13, lampu lift terpadam dan lift terhenti. Dia mencium bau yang teramat busuk, yang mengganggu rongga hidungnya. Bulu romanya tiba-tiba berdiri.

Dalam keadaan yang begitu cemas dan seram, dia cuba menenangkan perasaannya dengan membaca apa sahaja ayat-ayat suci yang terlintas diingatannya sambil memberanikan diri untuk menoleh ke belakang setelah lampu lift menyala. Tiba-tiba saja, perempuan yang berada belakangnya ketawa ……… dan segera berkata ……..

“Maaf ya… saya kentut…abang jangan marah ya ?” :p

Hahahahahha…

ASAL USUL LAGU OPPA GANGNAM STYLE



ASAL USUL LAGU OPPA GANGNAM STYLE

Apa sih PSY Gangnam Style ? mungkin banyak diantara kalian yang bertanya-tanya sama Gangnam Style yang berhasil menggemparkan dunia ini. Saya nk cerita dikit ya mengenai asal usul Gangnam Style. Gangnam Style adalah sebuah single lagu Kpop yang memiliki tarian khas yang diambil namanya dari sebuah daerah di Korea Selatan bernama Gangnam. Gangnam Style sendiri berarti gaya kehidupan orang-orang di daerah Gangnam. Daerah ini merupakan salah satu kawasan elit dan mewah di Seoul, Park Jae Sang atau yang lebih dikenal dengan PSY terinspirasi dari sini dan menyanyikan lagu Gangnam Style. pada lirik lagu nya (....oppa gangnam style!!!!) menggambarkan seorang pacar laki-laki yang kehidupannya mewah seperti orang-orang di Gangnam.




Lewat video nya yang diunggah ke youtube pada Juli 2012, PSY mulai dikenali di seluruh dunia. lebih dari 131 juta kali video ini dilihat di youtube.

PSY Gangnam Style menandatangani kontrak dengan lebel di Amerika. yap, setelah berhasil memikat jutaan orang dengan video nya, PSY menandatangani kontrak dengan sebuah agensi di Amerika. Rencana nya Gangnam Style akan dikenalkan pada MTV Video Music Award. Dengan popularitas nya di Amerika, jelas PSY akan mudah untuk masuk ke industri musik di benua yang bertaburan bintang terkenal tersebut. Untuk waktu dekat pun Gangnam Style akan dirilis dalam versi Bahasa Inggris dan PSY akan berkolaborasi dengan penyanyi terkenal.