Friday 30 November 2012

Azab kepada manusia yang meninggalkan solat fardu




mari kita bace ape yg akan terjadi jika kita meninggalkan solat fardu...

1. Enam siksaan semasa di dunia


  • Umur tidak diberkati, hidup panjang tetapi kosong dari amalan kebajikan
  • Rezeki tidak diberkati
  • Tipadamkan tanda mukanya dari orang-orang yang soleh
  • Tiada mendapat bahagian dari doa orang-orang yang soleh
  • Tiap-tiap amalannya tidak diterima oleh Allah
  • Tidak diangkat doanya, doanya tidak dimakbulkan oleh Allah


2. Tiga siksaan semasa hendak mati


  • Mati dalam keadaan sangat hina, tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah
  • Dimatikan oleh Allah dalam keadaan dahaga, walaupun diberi minum dengan air laut, ia tidak dapat menghilangkan dahaganya
  • Mati dalam keadaan yang sangat lapar


3. Tiga siksaan semasa di dalam kubur


  • Allah menyempitkan kuburnya sehingga berlaga tulang rusuk kanan dengan tulang rusuk kiri
  • dibukakan salah satu pintu neraka di dalam kuburnya
  • Allah mewakilkan seorang malaikat untuk menyiksanya sehingga hari kiamat bersama seekor ular yang bernama Suju’al Akruk yang matanya dari neraka, kukunya dari besi neraka, dan panjang kukunya sehari perjalanan, dan suaranya seperti petir


4. Semasa hari kiamat


  • Turun seorang malaikat dari langit iaitu malaikat azab dengan rantai dari api neraka yang panjang tujuh puluh hasta dengan menusukkan rantai tersebut kedalam mulutnya hingga keluar rantai itu melalui duburnya dan menghela sekali dibahagian muka dan belakangnya

Sama-sama kita memperelokkan solat kita agar kita terlepas daripada siksa tersebut. Jika ada yang tinggal sebelum ini, gantilah solat tersebut selagi kita masih bernyawa. Selagi pintu taubat masih terbuka.

Tuesday 27 November 2012

Nama - Nama Syaitan Dalam Surah Al-Fathiah

Assalamualaikum W.b.t

kali ini sy nk kongsikn kpd korang semua tentang Nama - Nama Syaitan Dalam Surah Al-Fathiah
mungkin korang tak sedar tentang perkara nie..


Monday 19 November 2012

Nama2 syurga & neraka allah


Assalamualaikum w.b.t
Kali sy nk bgi tau anda semua Nama2 Syurga Dan Neraka
Sekadar menambahkan ilmu yang sememangnya tidak pernah kita ketahui...

Tingkat Dan nama-nama syurga ialah :-
1. Firdaus
2. Syurga 'Adn
3. Syurga Na'iim
4. Syurga Na'wa                                  
5. Syurga Darussalaam
6. Daarul Muaqaamah
7. Al-Muqqamul Amin
8. Syurga Khuldi

Sedangkan tingkat dan nama-nama neraka adalah :-
1. Neraka Jahannam
2. Neraka Jahiim              
3. Neraka Hawiyah
4. Neraka Wail
5. Neraka Sa'iir
6. Neraka Ladhaa
7. Neraka Saqar
8. Neraka Hutomah

> semoge kite termasuk dlmpenghuni syurga no 1...Amin.. <

Thursday 15 November 2012

4 Jenis Lelaki Yang Ditarik Perempuan Ke Neraka


Di akhirat, wanita akan menarik empat jenis lelaki bersamanya ke dalam neraka. Artikel ini ditulis bukan untuk memperkecilkan dan menyalahkan golongan wanita semata-mata.

Sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak dan saksama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul.

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya

Apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka.

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan adiknya ke neraka kelak.

4. Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka. Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan masing-masing.

 *Berhati-hatilah wahai kaum lelaki terhadap kaum wanita dan kaum wanita kasihani lah kaum lelaki .

Wednesday 14 November 2012

Doa Akhir Tahun & Awal Tahun

Doa Akhir Tahun ( dibaca selepas solat Asar )






Doa Awal Tahun ( dibaca selepas solat magrib )


Tuesday 13 November 2012

Peristiwa Yang Berlaku Pada Bulan Muharram


Assalamualaikum..

esok seluruh umat islam akan menyambut awal muharam untuk tahun 2012. Marilah sama-sama kita mengambil masa sedikit untuk mengimbau kembali apakah pengertian yang sebenarnya di sebalik bulan muharam ini dan juga mengingati kembali peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada bulan muharam itu sendiri..

Awal muharam dan pengertiannya..

MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).
Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).

Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk – makhlukNya.

Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.

PERISTIWA PENTING BULAN MUHARAM : -

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
10 Muharam - Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku : -

-Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
-Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
-Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
-Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
-Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
-Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
-Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
-Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
-Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
-Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
-Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
-Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
-Hari pertama Allah menciptakan alam.
-Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
-Hari pertama Allah menurunkan hujan.
-Allah menjadikan ‘Arasy.
-Allah menjadikan Luh Mahfuz.
-Allah menjadikan alam.
-Allah menjadikan Malaikat Jibril.
-Nabi Isa diangkat ke langit.

Banyak juga peristiwa penting yang dapat kita ketahui dalam bulan muharam ni kan? Ada juga di antaranya peristiwa yang saya selalu dengar dan ada juga peristiwa yang tak pernah pun saya tahu. Peristiwa penting yang paling membuatkan saya rasa teruja apabila mengetahuinya ialah semasa dalam bulan muharam ini juga Allah swt telah menciptakan alam. Alam yang kita menumpang untuk menikmati kebahagiaan di dunia yang sementara ini..

Friday 2 November 2012

Buta Akibat Gemar Menonton Drama Korea


Ramai kaum wanita tergila-gila pada seri drama Korea. Tak jarang dari mereka yang mengalami ketagiahn seolah tak boleh lepas dari aktivitinya menyaksikan aksi, aktor dan aktres asal Negeri Ginseng tersebut.Seperti yang dialami oleh penggila drama Korea berasal dari Taiwan. Hanya gara-gara ketagihan seri drama Korea, membuat seorang wanita Taiwan ini hampir kehilangan penglihatannya. Wanita berusia 40 tahun ini dilaporkan selama tiga hari berturut-turut hanya tidur dua jam demi menyaksikan seri drama Korea kesayangannya.


Seperti dikutip dari laman Soompi, setelah menyedari penglihatannya telah berubah kabur, wanita itu bergegas ke hospital. Ia hanya ingin mengetahui keadaan kesihatan matanya. Seperti dilaporkan media Taiwan, ia didiagnosis menderita glaukoma ganas yang mungkin boleh membuatnya buta.
Doktor yang mendiagnosis menyatakan bahawa pandangannya yang kabur, akibat terlalu lama berada di depan layar televisyen. “Jika Anda menonton TV atau menatap monitor selama berjam-jam, mata Anda boleh merasakan tekanan yang berlebihan yang boleh memperburuk pandangan dan bahkan boleh menyebabkan kehilangan penglihatan, ” kata doktor.(dhanian)

Doktor yang telah menjalani tugasnya selama 20 tahun ini juga mengatakan, sejauh dirinya menjalani profesi sebagai doktor, belum pernah melihat seorang pesakit mengembangkan glaukoma ganas setelah menonton drama TV selama lebih dari 70 jam. “Aku yakin kes ini adalah kes pertama kalinya di dunia,” ujarnya serius.


Read more: Berita Cerita Dunia - Informasi Terkini & Berita Harian Semasa Online: Akibat Ketagih Drama Korea