Sunday 16 December 2012

MASALAH PENDENGARAN



Remy pergi berjumpa doktor faiez mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang
pendengaran.

"Seberapa burukkah pendengarannya?" tanya doktor faiez

"Entahlah, Doktor. Yang jelas saya mesti menjerit kalau nak berbual
dengannya."

"Okey, cuba buat macam nie. Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakan
sesuatu. Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih dekat sedikit
darinya, lalu katakan yang kamu katakan tadi. Kalau dia tidak juga dengar,
dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan begitu saya akan tahu berapa
jarak maksima pendengarannya."

Maka, Remy pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur.
Dari jarak 6 meter ia berteriak, "Makan apa kita malam ini?" Tak ada
jawapan. Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter dan
menanyakan hal yang sama. Juga tak terdengar jawapan. Begitu juga pada jarak
3 meter.

Akhirnya, ia berdiri di samping isterinya.

"Makan apa kita malam ini?" katanya separuh menjerit.

Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit:

"Untuk keempat kalinya aku beritahu, KARI KAMBING!!!!"

Rupa2nya si Remy yg pekak!!!!


Sunday 2 December 2012

Aku Sedar..

Aku Sedar..

Andainya aku boleh menarik segala janji....
aku ingin sekali menariknya semula
kerana aku mula sedar                                        
aku tak layak menjanjikan apa-apa...

Andainya aku boleh memadamkan ingatan
semua org terhadapku...
aku ingin sekali menadamnya
kerana aku mula sedar
hanya aku hanya dunia
yang membiak dihatinya

Andainya aku boleh mengundurkan waktu...
aku tak mahu menyanyi sesiapa
kerna aku mula sedar
apabila terlalu menyangi seseorang
aku hanya memikirkan dirinya...

karya Qariena Q Iskandar