Thursday 26 January 2012

NILAI DIRI DI MATA ORANG & TUHAN



Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.
Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,

“Siapa yang nak duit ini?”.

Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.

“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.”

Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.
Lalu bertanya lagi,

“Siapa yang masih mahu duit ini?”
Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.

“Baiklah,” jawabnya,

“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”

Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.

"OK, sekarang masih ada yang berminat?”.
Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.

Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.

Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.
Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.

Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita.

ape pon x leh

Cikgu Nasyor : Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?
Joe : Untuk mencari makanan, cikgu
Cikgu Nasyor : Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?
Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, cikgu.
Cikgu Nasyor : Bagus! Sekarang giliran Mat pula. Apakah tugas daun pisang?
Mat :untuk membungkus nasi lemak, cikgu...
Cikgu Nasyor : uii... lagi bagus... berdiri atas meja sampai habis kelas..

Wednesday 25 January 2012

SENGAU~

Seorang lelaki yang sengau
naik ke sebuah bas lalu
bertanya kepada pemandu bas
"vang, vas nih fegi hamfang
ke?"(bang, bas ni pergi
Ampang ke?"). pemandu bas
itu berdiam diri. marah kerana
tidak dilayan, lelaki sengau itu
pun turun dari bas.

Seorang lelaki lain di belakang
pemuda sengau tadi pun
bertanya kepada pemandu bas
itu . "kenapa awak diam tadi?
kesian dia."

Pemandu itu pun menjawab
"masham mana haya nak
hawab, haya hun hengau
hugak, hanti hia hata haya
hehek hia hulak!!!" (macam
mana saya nak jawab, saya pun
sengau jugak, nanti dia kata
saya ejek dia pulak!!!)

'cinta'

SEMINIT perkenalan tak
bermakna JATUH CINTA...
SEJAM berbual tak
bermakna SAYANG...
SEMINGGU mengenali tak
... ... bermakna sudah
MEMAHAMI...
SEBULAN bersama tak
bermakna MEMILIKI...
BERTAHUN dalam ikatan
tak bermakna hubungan
itu KUKUH...
CINTA yang datang
cepat...cepat jua ianya
berubah HATI... ♥ ♥ ♥

Tuesday 24 January 2012

Nenek Sengal




Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak. Rakan-rakannya datang berkunjung untuk menjenguknya. Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut, nenek itu berkata “Nanti dulu”. Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi. Tetapi nenek itu tetap berkata “Nanti dulu”. Akhirnya mereka bertanya : “Bila kami boleh melihat bayi engkau..?” “Bila dia menangis”. “Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?” “Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi..”

Sunday 22 January 2012

SEMUANYER DAH BERAKHIR

girlfriend: awak .. saya cincin hubungan kite..
boyfriend :untuk ape ? malas la .. awak .. petang ni kita jumpa tempat biasa ok ..
girlfriend :hurm .. yelah..

boyfriend : awak .. cuba tutup mata awak .. saya nak bagi hadiah ..
girlfrend : hadiah? .. ok ..
boyfriend : ok .. cuba tengok ni .. saya belikan patung beruang untuk awak ..
girlfriend : awak ! saya tak nak patung beruang .. saya nak cincin hubungan kita !
( sambil membaling patung beruang itu di jalan raya )

lelaki itu pun terus berlari dan mendapatkan patung itu balik dan berada dalam gengamannya .. tiba-tiba sebuah bas meluru ke arah lelaki tersebut dan badannya di gilis sehingga lelaki tersebut tidak berdaya untuk bergerak .. lalu perempuan tersebut menjerit .. dalam keadaan yang bergegas .. perempuan mengambil patung di tangan lelaki tersebut dan tiba-tiba patung itu berkata ..

' you .. see in my pocket.. '

dan terlihatnya satu cincin yang sangat cantik .. dan patung itu terus berkata .. will you marry me ?? ..di saat itu .. mengalirnya air mata perempuan tersebut ..
tetapi sudah terlambat untuk menyesal .. kerana lelaki tersebut sudah pun pergi untuk selama-lamanya .